Wednesday, November 30, 2011

Fobia tengok lesen P |"Tolonglah!"

Haloha Peeps!

Cemburukah daku bila tengok kawan-kawan daku boleh bawa kereta or moto dengan lancarnya???

Jawapannya : Cemburu sekecik kuman. Tak pun sekecik bakteria.

Ada soalan datang ke telinga ku yang comel, "Kenapa tak cemburu sebesar ikan paus?"

Jawapannya : Sebab ada 1 kes yang buat daku fobia bila tengok lesen P daku yang dah lama tamat & hakikatnya dah hampir 1 tahun daku tak drive.


Ce cite apa yang jadi.

Ok gini ceritanya..

Lokasi : Kangar, Perlis
Waktu: 12 tengah malam
Tujuan: Jalan-jalan cari makan dengan akwan-kawan lepas ambik sijil SPM

Ceritanya bermula...
Kawanku yang bernama Alin kepenatan malam itu. Maka disuruhnya daku untuk drive pulak memandangkan hanya daku yang ada lesen masa itu. Daku pun go on je sebab dah lama tak drive kan. Masa tengah drive, kawan daku tegur daku sebab tak pakai safety belt. Daku pun tarik safety belt. Dan tanpa disangka-sangka, kereta kancil yang dipandu daku senget ke belah kiri. Dan masa itu daku tak perasan pun ada orang disebelah kiri itu. Kawan daku cepat menjerit "Ika, ada orang!!!". Sepantas kilat, daku alihkan stereng kereta ke belah kanan. Alhamdulillah. Daku tak jadi pembunuh malam itu. Dah dekat sangat daku nak langgar 5 orang itu sebabnya, kereta daku diketuk kuat oleh mereka. Dorang ketuk guna tangan. Dekat dah tu! Sejak itu, insaf tak bawa kereta dah =(

Fobia sangat!

Pengajarannya:
1) Jangan pakai safety belt semasa memandu. Pakai before drive!
2) Jangan bawa kereta kalau tak yakin nak bawa!

ok?

Wordless Wednesday |"Dari 1 menjadi 2"

Morning everyone!!


2nd generation. Bukan girl's generation. Hahaha..

Tuesday, November 29, 2011

Siapa nak pakai gaun kahwin Twilight? |"Cantik kot"


Assalamualaikum semua..

Sekarang dok heboh pasal movie twilight tuh kan. Cik tikah tak follow pun cerita ini so tak fanatik sangat. Tak fanatik macam kalau jumpa Lee Hong Ki (pelakon & penyanyi korea). Kalau jumpa Lee Hong Ki, menjerit-jerit daku yer. Hahaha..

Dalam scene Twilight, Bella ada pakai gaun kahwin warna putih. First time tengok memang cantik sebab warna putih. Nampak suci jer. I like!

Kalau ada duit or dalam erti kata yang lain, kalau anda mampu or kaya, belilah. Tak sampai RM5K pun. Murah je. Ceh! Bajet macam gua de duit banyak je kan. Huh!

Gaun tuh harga dia RM 2,716 jeeeee....

Nice kan? Suka bahagian kembang kat bawah tuh. Hihi..

Ok, itu je nak mention kat sini. Sumber diambil dari sini yer adik-adik, abang-abang...

^______^


Review : Happy Feet 2


Assalamualaikum..

Erik sangat comel!


Akhirnya semalam berjaya jugak tengok Happy Feet 2 [HF2]. Bagi cik tikah HF2 lagi lawak sebab banyak karakter baru yang ada. Ada udang, ada anjing laut & burung. So, cerita HF2 lagi best la. Serius dorang sangat comel.

HF2 mengisahkan seekor anak penguin (Erik) yang merupakan anak kepada Mumble. Sangat comel! Si Erik ini tak pandai menari tapi pandai menyanyi. Ikut mak dialah sebab pandai menyanyi. Then tiba-tiba ketulan ais yang sangat besar bergerak dan menyebabkan tempat tinggal dorang musnah. So, semua penguin pun terperangkap.

So, kisahnya banyak mengisahkan cara-cara Si Mumble & Erik nak keluarkan kawan-kawan dari terperangkap. Mumble pergi panggil anjing laut, kawan-kawan penguin & burung untuk bantu dia keluarkan kawan-kawan penguin dia.

Harap-harap korang faham dengan apa yang cik tikah tulis ini. I'm very bad to tell someone about movies. So bad! :(

Apa-apa pun, korang wajib tengok HF2! Cik tikah bagi 4 bintang dari 5 bintang ^^

Monday, November 28, 2011

Smooshie Juice |"Pernah minum?"


Assalamualaikum semua..

Hari ini cik tikah nak promote kan 1 air yang pertama kali cik tikah minum hari ini. Kesian sungguh sebab baru tahu akan kewujudan air yang pelik ini.

Air yang cik tikah maksudkan ialah SMOOSHIE JUICE!

Ini maskot untuk jenama air Smooshie Juice. Comel tak?

Apa yang pelik dengan jenama air ini ialah semua jus buah yang dijual kat kedai ini, semuanya dia campur-campur. Maksudnya, macam cik tikah beli tadi, cik tikah pilih air buah jambu batu dicampur dengan laici. Erk! Agak masam tapi sangat fresh sebab memang 100% buah. Tak ada gula or perasa tiruan.

Ada macam-macam la. Kawan cik tikah beli perisa buah pisang + mangga+ madu + yogurt. Pergh! Rasa sangat sihat! hehe...

Cubalah minum. 1 botol RM4.90. 3 botol, RM4.50 1 botol. Dapat murah sikit kalau beli 3 botol. 

Cik tikah beli kat Times Square je

Have a try k my dear friends. It's yummy! ^^

Sunday, November 27, 2011

All girls in a school? |"Misunderstanding"


Assalamualaikum semua...

Dah 2 hari tak update blog gara-gara join special event di Petrosains. I'm one of the facilitator. Yeah! I met all 'senang hidup' student there. Almost of them are rich and have good clothes to be put on their body. It's weird to be surrounded among the rich teenagers but at the same time it's fun .

Back to my topic today, best tak sekolah yang semuanya adalah perempuan?


My answer is SANGAT BEST!!

Sebabnya?


  • Kalau nak tukar baju PJK, tak payah nak pergi toilet. Tukar je dalam kelas. Semua perempuan kan. Tak payah nak buat malu-malu kucing. Tukar je depan kawan-kawan. Hahaha!
  • Kalau period then terbocor, tak malu sangat sebab semua perempuan. Semua faham. Memang malu tapi tak semalu kalau budak laki nampak yang kita bocor. Kan? 
  • Tak bosan belajar kat sekolah semua perempuan sebab perempuan kan mulut becok. So, memang ada je cerita yang akan disembangkan. Bercakap tanpa henti. 
  • Kalau budak lelaki terutamanya budak sekolah St.John, Victoria Institute or pelajar sekolah semua lelaki datang sekolah semua perempuan, memang syok sebab dapat cuci mata. Rasa excited ibarat dah lama tak jumpa kaum Adam. Hahaha!
  • Kalau sekolah semua perempuan, tak payah nak cover cun, cantik or ayu sebab tak ada lelaki nak tengok pun. Tudung senget sebelah ke, tudung tak iron ke, semua ok je.
  • Bila ada ustaz datang mengajar kat sekolah perempuan, best buli ustaz itu. Hahaha! Ustaz yang tersipu malu bila nak mengajar.

Itulah antara sebab kenapa best sekolah yang semuanya perempuan. 

Dulu cik tikah sekolah CONVENT. 

P/s: Ayah cik tikah yang suruh cik tikah belajar kat convent . 
I love to being in Form 3 ^^ 
Miss that time so much!

Friday, November 25, 2011

Pernah makan ROTIBOY? |"Must try!"

Assalamualaikum u alls... 

Pernah makan roti kat rotiboy tak? Hehehe...

Sedap kan? Cik tikah selalu beli kat KLCC je sebab sekarang kan kerja kat sana. Hihihi..

Bukan apa, cik tikah nak sharekan kelazatan Rotiboy dengan korang semua






Tengok gambar kat atas buat korang rasa nak makan Rotiboy gak tak? ^^

Murah je. RM2


Wednesday, November 23, 2011

Shopping sebab bosan | "Makanan oh makanan"


Assalamualaikum semua.. 

Hari ini rasa bosan sungguh. Serius bosan walaupun kerja dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. Nak pergi tengok wayang tak ada teman. Bosan tengok wayang sorang-sorang lah. Nak pergi makan, maklumlah makanan kat KLCC semua untuk orang kaya. Tak mampu nak makan mee goreng RM14.90 kat situ.
So, last-last... Cik tikah shopping kat....

JAYA JUSCO jer

Then pusing la JJ tu dalam 4 pusingan. Pusing pusing tak ada arah tujuan. Tak tahu nak beli apa. Pergi JJ pun sebab nak habiskan masa. Aih! Memang buang masa betul. Mula-mula nak beli air kotak tapi disebabkan kena jalan kaki balik rumah, tak jadi beli sebab berat.

Last last beli coklat & gula-gula je. Boleh jugak hilangkan stress makan coklat. 

Ini dia...

Yummy! 
1 coklat Cudbury, 1 paket M&M, I botol gula Mentos, 1 botol gula getah & 1 paket gula getah jugak. Memang boleh rosak gigi makan semua ini.

Ini model saya. Nama dia Montel!

Macam sedap je gula ni. Nak curi lah. Hahaha..

In pun nampak best tapi macam berangin je gula ni. Tak nak lah.

Haaa... Ini comel. Mesti sedap! 
Eh, mana Montel? Abang montel pulak menyibuk nak jadi model. Hahaha...
Nama dia ini Kenit

Ini lah yang paling berjaya menarik hati & jiwa ragaku. Sodap!


P/s : Siapa kat sini tak suka coklat Cudbury? Ruginya! :P


Tuesday, November 22, 2011

Sayang, nak cincin tuh! |"Argghhhhh!!"


Assalamualaikum semua..

Senyuman masih terukir sebab teringat kemenangan Malaysia menang bola malam tadi. Hihihi..

Siapa kat sini yang bergelar kaum Hawa tak suka cincin? Agak pelik kalau tak suka. Cik tikah suka cincin tapi mesti cepat hilang sebab bila dah buka cincin mesti tak ingat letak mana. Aih!!!

Sayang, nak cincin kat bawah ini. Kalau tak dapat semua cincin kat bawah ini, dapat 2 cincin pun cukup lah. Hahaha.. Mati pakwe aku! :p








Arggghhh!!! 
Jerit sekuat hati. Mengidam nak cincin berlian
^__________^


p/s : Apa kes degan aku ni =.='

Yeah! MALAYSIA menang!



Alhamdulillah adalah perkataan yang patut diucapkan sebab Malaysia membuktikan bahawa mereka boleh menumpaskan Indonesia. Hooooray!!

OK, stop guna ayat skema. 

Disebabkan esok pagi pagi lagi kena pergi kerja, maka nak update pasal kemenangan besar Malaysia malam ini jugak! Tak kira!

Berderau darah tengok Malaysia lawan Indonesia. Memekik sana sini. Serius tak pernah rasa berebar tengok bola macam malam ini. Boleh jadi bisu kejap sebab jerit kuat sangat sampai suara dah tak ada. 

Walaupun Fakri buat cik tikah rasa nak sepak manja dia laju-laju tapi bersyukur gak sebab Malaysia still menang. Kalah tipis je kot. Hihi..  

Pape pun, dah takdir Malaysia menang. Jampi si Bonai tak menjadi. Maaf yer :) 

Menang emas dalam bola sepak ibarat menang 50 emas dalam game lain. Hihi...

Yeah! I LOVE MALAYSIA & I'M PROUD TO BE MALAYSIAN. 

Kalau kalah tadi pun, bersyukur gak sebab Malaysia dah main semampu mungkin. Nampak sangat dorang keletihan.

p/s : Boleh tidur lena malam ini ^_________________^

Monday, November 21, 2011

Tidur masa SPM |"Don't follow"


Assalamualaikum semua..

Wohaa... Sekarang tengah musim SPM kan? Musim yang konon-konon orang kata exam yang menetukan masa depan. Mana de menentukan masa depan sangat pun =P

Cik tikah ambik SPM 4 tahun lepas iaitu masa tahun 2008. Keputusan tak sehebat kawan-kawan cik tikah yang kebanyakkannya dah fly pergi negara orang. Cemburukah aku? Sikit je cemburu sebab tak dapat nak show off ambik gambar dekat negara orang. Niat tak betul sebab itu tak dapat pergi oversea. Deserve you!

Actually nak bagitahu dekat anda semua pengalaman cik tikah ambik SPM. Banyak sebenarnya nak diceritakan tapi cerita sikit sikit je la eh. Panjang-panjang nanti malas orang nak baca. Betul kan? :)

Hari itu hari Rabu kot. Paper Add Math. Paper yang sepanjang 2 tahun belajar, tak pernah dapat B. Sadis betul. Malam itu overnight kononnya untuk ulangkaji dengan impian nak dapat A1. Masa masuk dewan, bukak paper. Baca soalan. Alahai. Baca resepi nak buat donut lagi 100 kali senang taw!

Rasa nak menangis je time itu. Tiba-tiba ada 1 "benda" yang datang menarik mata cik tikah sehingga daku terlelap. Masa terlelap itu dengan pastinya kepala cik tikah straight pandang orang yang duduk depan cik tikah. Kononnya nak lelap mata kejap sebab nak dapat idea untuk solvekan soalan yang kacang goreng itu.

Tidur ala-ala gaya macam ini lah

Bunyi ketukan diatas meja. Ada suara yang seakan-akan berbisik di telinga ku, "bangun bangun". Guess what? Pemantau pemeriksaan yang jaga dewan ketuk meja cik tikah. Tengok tengok kepala betul-betul tunduk di atas meja. 

Hebat! Cik tikah tidur time paper Add Math! WOW!

Orang semua dok sibuk fikir nak solvekan soalan, cik tikah boleh pula tidur. Actually bukan tidur but terlelap. Hehehe..

Apa pun alhamdulillah dapat 4B. Dapat B tuh. Mestilah suka sebab tak pernah dapat B pun sebelum ini. Hahaha.. 

p/s : Korang suka Add Math x? :) & Harap Malaysia menang malam ini. AMIN!

Suntory Boss Blend & Apple Pie Mcd make my day!

Good morning everyone!!

Breakfast apa hari ini? Cik tikah nak makan something laa-ala omputeh hari ini. 

Apple Pie Mcd & Suntory Boss Blend Coffee!

PERFECT!



Actually, the apple pie was the one I bought yesterday included the Boss blend. One of my favorite drink but I prefer the other one, the Latte because the taste is much tastier. 

SO, have a great day people! 

Be strong like Real Steel robots. Hahaha...


Sunday, November 20, 2011

Can You Keep a Secret? |"Buku yang best!"

Assalamualaikum semua...

Terima kasih banyak kepada semua yang bagi kata-kata semangat kat cik tikah disebabkan ENTRY ini. Rasa diri ini masih ada lagi yang peduli. Thank you so much.

Mata dah bengkak macam kena tumbuk 1 juta kali. Hodoh betul. Gara-gara menangis teresak-esak sampai sesak nafas. Aih!

Sekarang bukan nak kongsi masalah lagi tapi nak kongsi 1 buku yang baru cik tikah beli. BUKU? Mak ai! Sejak bila cik tikah suka baca buku ini? Shhh.. Diam! Nak bagitahu sebabnya lah ini. Sabar sabar.

Sebelum itu, believe or not..

Kalau cik tikah pening, cik tikah akan baca buku. Terus hilang pening.

Terpikat dengan buku yang ditulis oleh penulis popular New york Times iaitu SOPHIE KINSELLA

Inilah Sophie. Cun kan?!

Dia ini dah keluarkan banyak buku. Berjuta-juta buku dia telah berjaya dijual taw. Kalau nak pergi official website dia, klik SINI

Official website dia

Antara buku dia yang popular ialah Mini shopaholic, Shopaholic & Baby, Shopaholic & Sister, Shopaholic Ties The Knot dan banyak lagi la. Korang pergi je website dia. Macam-macam boleh cari. 

Cik tikah beli buku dia yang bertajuk "Can you keep a secret?". Buku ini macam best je sebab tu beli. Sebenarnya memang best pun sebab baca page 1 pun dah best ^^

Ini dia buku yang cik tikah beli!!

Kat MPH ada jual

Buku ini mengisahkan seorang perempuan yang banyak rahsia. Perempuan ini takut naik kapal terbang tapi 1 hari itu dia kena naik jugak. Then kapal terbang itu bergoyang kejap. Punyalah takut si perempuan itu, sampai semua rahsia dia, dia pergi cakap dekat lelaki yang duduk sebelah dia. Ini gara-gara nak hilangkan ketakutan dia naik kapal terbang. Lawak je. 

Itu je sinopsisnya sebab cik tikah baru baca sampai muka surat 27. Hahaha..


The feeling...


Termenung jauh...

Memikirkan sesuatu...

Dimana asal usulku...

Dimana asal usul hatiku...

Cahaya itu menerpa ke pipiku...

Terasa perit mencakar di pipi..

Perit.. Perit..

Termenung daku lagi...

Pipiku basah..

Wahai hati...

mood : Ya Allah :(

Saturday, November 19, 2011

Maksud pergerakan ekor kucing |"Interesting!"


Assalamualaikum semua..

Mood : Tak suka orang cakap bodoh sebab orang yang cakap bodoh tulah yang bodoh!

Hari ini cik tikah nak kongsi 1 gambar yang sangat best sebab kita boleh belajar apa yang kucing rasa melalui EKORnya. 

Memandangkan cik tikah ada 9 ekor kucing kat rumah sekarang ini, gambar kat bawah ini sangat bermakna buat cik tikah. Hehehe..

Klik gambar untuk tumbesaran yang besar ^^

Lepas ini boleh la faham bahasa kucing...

Roti BOM kebaabom! |"Kepunan dah ni"


Good morning everyone!!

Sihat hari ini? Semoga sihat selalu yer. Badan tuan blog ini sihat cuma telinga kurang sihat. De jerawat tumbuh. Haaa?? Jerawat kat telinga? Jangan nak pelik sangat yer adik adik abang abang. Kat kaki pun jerawat boleh tumbuh. 

Ok, bukan nak cerita pasal jerawat pepagi ini TAPI nak cerita pasal makanan! Yeah! Makanan. Suka suka! 

Korang pernah makan roti BOM tak? Alaa... Roti yang kalau kita makan itu boleh meletup dalam mulut. Ala.. yang bentuk bulat macam bom tuh.. 

Pernah makan tak? Tak pernah? Ruginya.. Roti canai yang mamak selalu jual RM1 sekeping tuh pernah makan? Haaa!!! Kalau pernah, baguslah sebab roti BOM ini adik beradik roti canai jer.

Kepunan nak makan roti BOM. Serius ini. Kepunan sangat. Nak cari kat mana yer? Erm....

Disebabkan tak dapat nak makan real real punya, layan gambar je la. Kui kui kui...





Sedapnya!! T_T


Friday, November 18, 2011

Bagaimana 10 company terkenal mendapat nama mereka |"Oh!"

Assalamualaikum semua.

Ini merupakan entry pertama untuk hari ini. Sangat penat sebab kena layan visitors 2 hari berturut-turut. Esok kerja lagi. Alahai.. Jap jap. Ada orang tanya ke cik tikah penat ke tak? Hahaha...

Ok, sekarang cik tikah nak share bagaimana 10 company terkenal kat dunia ini dapat nama brand mereka yang boleh buat mereka terkenal. 

Sebagai contoh, pernah terikir tak macam mana Nikon or Canon dapat nama dorang? Kalau tak pernah terfikir & tak tahu kenapa, jom layan gambar kat bawah ini. 

Lagi 1, dah baca jangan lupa komen taw. Kuang kuang kuang :P












Amazing kan? Sekarang dah tahu? Entry ini bantu korang tambah ilmu pengetahuan tak? Kih kih kih..

Sumber diambil dari www.boredpanda.com

Thursday, November 17, 2011

Keputusan CONTEST TEKA HARGA BURGER


Assalamualaikum semua!!

CONTEST TEKA HARGA BURGER telah pun tamat pada jam 9 malam tadi.

Cik tikah dah jumpa pemenang untuk CONTEST TEKA HARGA BURGER. Alhamdulillah sambutan begitu memberangsangkan. Terima kasih kepada semua yang sudi menjawab yer.

Ramai yang jawab harga burger itu RM2.80. TAPI itu bukanlah jawapan yang betul. Mesti korang geram sebab jawapan yang paling tepat dan paling dikehendaki ialah.... Jeng jeng jeng........

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

RM2.70!!

Disebabkan ada lebih dari 2 peserta yang jawab dengan betul, cik tikah hanya akan bagi hadiah kepada peserta yang bagi jawapan paling cepat sahaja.

Mereka yang bertuah ialah : 

1) .: iEyLa :.  (Dapat tiket diskaun ke LOST of Tambun, Perak)


&

2) IntaNBerliaN (Dapat voucher FREE Domino's Pizza)

Tahniah taw. Anda hebat! Cewah.

Kepada yang tak bernasib baik untuk kali ini, jangan berkecil hati dengan cik tikah yer.

Kepada  .: iEyLa :.  IntaNBerliaN, sila hantar butiran kat bawah ini kepada email cik tikah iaitu atikahj91@gmail.com secepat mungkin sebab kedua-dua hadiah akan expired pada 30 NOVEMBER 2011:
  • Alamat rumah
  • No Telefon
  • Nama penuh

Thank you so much everyone!

Have a look!